Assalamualaikum semua . Dah baca tajuk utama My first blog?
Dilema Wanita selepas berkahwin. Macam Cliche sangat la ayat tu kan. Apa yang kita tahu zaman sekarang ni dah banyak sangat kes, suami tinggal isteri sebab gemuk, suami tinggal isteri sebab ketiak hitam, suami tinggal isteri sebab x pandai bergaya. Tapi susah nak dengar isteri tinggal suami sebab perot buncit? 😂 Sebab perempuan ni buruk mana pasangan dorang, dorang mesti nampak suami dorang la paling kacak kat dunia ni. kalah brad pitt kau.
I takde nak sebelah kan mana2 pihak , ada juga kesalahan yang si isteri dah buat pada suami maybe. Tapi bila I baca Kisah rumah Tangga yang tengah hangat mcm hot fm tu I tengok majoriti banyak sangat jering yang suka rampas suami orang.
Sebenarnye itu bukan tujuan utama untuk tajuk ni. Dilema perempuan lepas kahwin selalunya masalah kegemukan. Bila kita tak berpantang dengan betul mungkin masalah kegemukan tu terjadi. Tapi tak semua betul. I just bagi pendapat yang I tau sahaja. Yang suami pulak kena la selalu support isteri , sebab dorang gemuk pon selepas melahirkan anak.
Kat sini I ada beberapa tips untuk ibu-ibu yang ada berat badan yang berlebihan . Kalau tak turun banyak pun dalam sebulan mayb setakat 3kg tuh insha Allah. Atas usaha masing2 untuk kurus.
1. Cek Ketinggian & Berat Badan
*rasa-rasaye ideal tak berat dengan ketinggian. Bila berat tak ideal dengan ketinggian itu yang jadi punca badan nampak besar.
2. Cek Kiraan BMI
Boleh tekan link yang I share ni untuk cek bmi korang under weight, normal or over weight. https://www.calculator.com.my/bmi-calculator#.WswuZi5ubIU
Bmi ni tujuan dia untuk kita cek sama ada badan kita normal ke dengan ketinggian atau tidak. Jangan sangka kalau kita under weight tu sihat. Under weight pun boleh datang mcm2 penyakit tau. So kalau nak berat badan yang ideal kena la amalkan cara hidup yang sihat.
3. Rancang Menu Makanan Dan Target Berat Badan
Diet Kalori atau Diet Atkins?
Dah buat apa yang I ajar kat atas tu . Korang tetapkan berapa banyak yang korang nak weight loss, berapa lama target korang. Antara diet kalori n diet atkins. I sarankan diet atkins. Walaupon perit tapi membuahkan hasil. Sebab majoriti orang yang diet kalori ni salah cara diet dorang. Tak makan nasi tapi makan mee, makan roti benda yang lebih tinggi kalori dia daripada nasi. So kalau diet atkins korang tak boleh sentuh nasi dan unsur karbohidrat langsung. Tak boleh sentuh walaupon sebutir tau!. Lepas dah dapat berat ideal korang boleh start makan nasi dengan portion yang kecil bukan main bedal 10 pinggan terus. Alamatnye beratus kilo la naik balik.
Okay sampi sini je pos I. Pos seterusya I akan bincangkan apa itu diet kalori apa itu diet atkins. bye bye u Alls.

No comments:
Post a Comment