Apa Itu Diet Atkins


Urm bila baca tajuk je kita dah tahu ape topik hangat yang nak dibincangkan. Harini I update blog je , maklumlah tengah rajin n idea bertimbun timbun ni. Okay topik sebelum ni kita bincangkan apa itu diet kalori.. rase susah tak nak try diet kalori ni? Macam complicated sangat kan? So I ajar u alls macam mana kita nak buat diet atkins. Firstly mari kita kenal ape itu diet atkins?

Diet Atkins adalah diet yang diperkenalkan oleh Dr Robert C. Atkins, bagi membantu seseorang untuk menurunkan berat badan melaluu konsep pembakaran kibohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan diet atkins ni kita kena kurangkan pengambilan makanan yang berkarbohidrat sepert nasi, tepung, roti, mi , kentang dan gula. Selepas itu badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. Ini bermakna berat badan akan mula menyusut. 
Prinsip diet atkins ni adalah dia menyekat karbohidrat, jadi badan kita seolah-olah dipaksa membakar lemak yang disimpan. Di samping itu kalau korang nak tau diet ni sesuai sangat untuk orang yang menghadapi risiko kencing manis, sakit jantung dan juga darah tinggi. Ia juga boleh kurangkan masalah alahan tertentu , sakit kronik dan lemah sistem imun. 

APA KELEBIHAN DIET ATKIN NI?
  • Kebanyakan diet korang akan berlapar, tetapi diet atkins korang tidak perlu berlapar . Bila lapa makan sahaja makanan yang lulus untuk diet atkins.
  • Jika korang buat diet kalori korang kena kira berapa kalori yang diambil setiap hari, tetapi diet atkins tidak perlu susah2 nak kira. Untuk fasa1 hanya perlu ambil 20g karbohidrat sahaja. 
  • Kebanyakan diet korang  masih lagi ketagih dengan benda manis, tetapi dengan diet atkins korang akan belajar macam mana untuk mengatasi ketagihan  tersebut.
  • Kebanyakan diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak kerana walaupun korang hadkan pengambilan makanan berlemak tapi yang silapnya korang masih ambil makanan yang tinggi karbohidrat dan gula.. Kalau boleh elakkan makanan bergula dan minuman bergula.
Kalau I cerita pasal diet atkins ni memang panjang lebar dan majoriti bukan suka membaca kan. Just korang scroll laju laju untuk cari maklumat yang penting sahaja. 
Diet Atkins ni ada 4 fasa , so orang selalu fokus fasa 1 sahaja. Jadi Kat sini I share benda apa yang dibenarkan makan semasa Fasa1 Atkins. 

DIBENARKAN MAKAN FASA1
  1. Ayam semua bahagian - Panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung
  2. Telu ayam , telur itik - telur masin, telur dadar, rebus & goreng
  3. Ikan, udang, ketam (sotong, kerang, tiram dan kupang adalah lebih tinggi karbohidrat, hadkan pengambilan)
  4. Daging(semua bahagian) – rusa, lembu, kambing – steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayuran hijau, seperti sawi, kangkung, bayam, salad, timun, rumpai laut & sebagainya.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan (hadkan kepada 2-3 keping sehari).
  7. Air kosong, air mineral, air RO – minum 8 gelas sehari atau lebih.
  8. Burger atau hotdog rendah karbohitrat(hadkan pengambilan 1-2 sehari)
  9. Makan supplement seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan menguatkan daya ketahanan badan.
  10. Semua jenis minyak, seperti minyak sawit, olive oil & sebagainya.
  11. Chewing gum sugar free. (2 or 3 biji sehari) *elakkan takut ada gula tersembunyi*
  12. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
  13. Mayonis dibenarkan dalam jumlah yang sedikit.
  14. Pemanis tiruan atau semula jadi(slenda, stevia) hadkan 3 hidangan sehari.
  15. Herba – semua herba segar dan sedikit herba kering – contohnya selasih, daun salam, daun bawang, daun ketumbar, oregano, rosemary dan lain-lain.
  16. Rempah – rempah seperti garam, saderi, lada cili, serbuk cili, ketumbar, jintan putih, serbuk kari, bawang putih, halia,paprika, kepingan lada merah ,Elakkan campuran rempah yang mengandungi gula atau tepung tambahan (ajinamoto x pass ye sebab ada bahan terlarang)
  17. Avocado, buah zaitun, cendawan, kacang buncis, sengkuang, bendi, rebung, labu, tomato, soya kosong & tempe (kurangkan pengambilan). 
  18. Limau & lemon (hadkan 2 sudu perahan limau sehari) *untuk Fasa2 
  19. Mana-mana sos tanpa gula tambahan yang tidak melebihi 2 gram karbohidrat sesudu besar boleh diterima.
so apa yang I x sertakan di atas tu adalah diharamkan sama sekali okay. Lagi satu kalau korang teragak nak makan lauk masak lemak hanya dibenarkan santan jenama Kara sahaja. Ape ape perkara yang tak faham boleh tinggalkan komen dibawah. Insya Allah I akan jawab dengan cepat. 


    *Next topik - Jom Share Menu Diet Atkins..

    No comments:

    Post a Comment