Apa Itu Diet Atkins


Urm bila baca tajuk je kita dah tahu ape topik hangat yang nak dibincangkan. Harini I update blog je , maklumlah tengah rajin n idea bertimbun timbun ni. Okay topik sebelum ni kita bincangkan apa itu diet kalori.. rase susah tak nak try diet kalori ni? Macam complicated sangat kan? So I ajar u alls macam mana kita nak buat diet atkins. Firstly mari kita kenal ape itu diet atkins?

Diet Atkins adalah diet yang diperkenalkan oleh Dr Robert C. Atkins, bagi membantu seseorang untuk menurunkan berat badan melaluu konsep pembakaran kibohidrat dan lemak di dalam badan. Dengan diet atkins ni kita kena kurangkan pengambilan makanan yang berkarbohidrat sepert nasi, tepung, roti, mi , kentang dan gula. Selepas itu badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. Ini bermakna berat badan akan mula menyusut. 
Prinsip diet atkins ni adalah dia menyekat karbohidrat, jadi badan kita seolah-olah dipaksa membakar lemak yang disimpan. Di samping itu kalau korang nak tau diet ni sesuai sangat untuk orang yang menghadapi risiko kencing manis, sakit jantung dan juga darah tinggi. Ia juga boleh kurangkan masalah alahan tertentu , sakit kronik dan lemah sistem imun. 

APA KELEBIHAN DIET ATKIN NI?
  • Kebanyakan diet korang akan berlapar, tetapi diet atkins korang tidak perlu berlapar . Bila lapa makan sahaja makanan yang lulus untuk diet atkins.
  • Jika korang buat diet kalori korang kena kira berapa kalori yang diambil setiap hari, tetapi diet atkins tidak perlu susah2 nak kira. Untuk fasa1 hanya perlu ambil 20g karbohidrat sahaja. 
  • Kebanyakan diet korang  masih lagi ketagih dengan benda manis, tetapi dengan diet atkins korang akan belajar macam mana untuk mengatasi ketagihan  tersebut.
  • Kebanyakan diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak kerana walaupun korang hadkan pengambilan makanan berlemak tapi yang silapnya korang masih ambil makanan yang tinggi karbohidrat dan gula.. Kalau boleh elakkan makanan bergula dan minuman bergula.
Kalau I cerita pasal diet atkins ni memang panjang lebar dan majoriti bukan suka membaca kan. Just korang scroll laju laju untuk cari maklumat yang penting sahaja. 
Diet Atkins ni ada 4 fasa , so orang selalu fokus fasa 1 sahaja. Jadi Kat sini I share benda apa yang dibenarkan makan semasa Fasa1 Atkins. 

DIBENARKAN MAKAN FASA1
  1. Ayam semua bahagian - Panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung
  2. Telu ayam , telur itik - telur masin, telur dadar, rebus & goreng
  3. Ikan, udang, ketam (sotong, kerang, tiram dan kupang adalah lebih tinggi karbohidrat, hadkan pengambilan)
  4. Daging(semua bahagian) – rusa, lembu, kambing – steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayuran hijau, seperti sawi, kangkung, bayam, salad, timun, rumpai laut & sebagainya.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan (hadkan kepada 2-3 keping sehari).
  7. Air kosong, air mineral, air RO – minum 8 gelas sehari atau lebih.
  8. Burger atau hotdog rendah karbohitrat(hadkan pengambilan 1-2 sehari)
  9. Makan supplement seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan menguatkan daya ketahanan badan.
  10. Semua jenis minyak, seperti minyak sawit, olive oil & sebagainya.
  11. Chewing gum sugar free. (2 or 3 biji sehari) *elakkan takut ada gula tersembunyi*
  12. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)
  13. Mayonis dibenarkan dalam jumlah yang sedikit.
  14. Pemanis tiruan atau semula jadi(slenda, stevia) hadkan 3 hidangan sehari.
  15. Herba – semua herba segar dan sedikit herba kering – contohnya selasih, daun salam, daun bawang, daun ketumbar, oregano, rosemary dan lain-lain.
  16. Rempah – rempah seperti garam, saderi, lada cili, serbuk cili, ketumbar, jintan putih, serbuk kari, bawang putih, halia,paprika, kepingan lada merah ,Elakkan campuran rempah yang mengandungi gula atau tepung tambahan (ajinamoto x pass ye sebab ada bahan terlarang)
  17. Avocado, buah zaitun, cendawan, kacang buncis, sengkuang, bendi, rebung, labu, tomato, soya kosong & tempe (kurangkan pengambilan). 
  18. Limau & lemon (hadkan 2 sudu perahan limau sehari) *untuk Fasa2 
  19. Mana-mana sos tanpa gula tambahan yang tidak melebihi 2 gram karbohidrat sesudu besar boleh diterima.
so apa yang I x sertakan di atas tu adalah diharamkan sama sekali okay. Lagi satu kalau korang teragak nak makan lauk masak lemak hanya dibenarkan santan jenama Kara sahaja. Ape ape perkara yang tak faham boleh tinggalkan komen dibawah. Insya Allah I akan jawab dengan cepat. 


    *Next topik - Jom Share Menu Diet Atkins..

    Diet Kalori ?

    Hye Yalls , I'm back !! Okay let's started . Untuk sambungan tentang diet kita. Kalau pendapat I , I lebih suggestkan diet Atkins walaupon susah n x semua orang berjaya untuk cleankan cara pemakanan diet atkin. Before kita bincang lebih mendalam lagi. Meh sini I terangkan apa itu diet kalori dan diet Atkins? 

    Diet kalori ?
    Diet rendah Kalori sebenarnya dikategorikan dalam diet yang cukup ketat, sebab korang kena tahu berapa banyak kalori yang diperlukan dalam kehidupan seharian korang. Selalunya diet kalori biasanya dilakukan untuk menurunkan berat badan yang dilakukan secara beperingkat. Lama  kelamaan badan korang akan mula membuat penyesuaian dalam proses metabolisme. Sebenarnya I x sarankan sangat diet kalori sebab sangat susah dan majoriti x berjaya. 
    Diet Kalori ni sangat displin. Sekurang kurangnya kita perlu kurangkan 250 hingga 500 kalori setiap hari. Selain itu kita perlu membuat penyesuaian menu makanan harian kita terutama karbohidrat. Korang kena kira dengan teliti berapa kalori setiap makanan. Tak ke susah mcm tu? ada masa plak la nak kira satu-satu. I rasa kalau dah pakai diet kalori ni memang kelaut la. Asalnya nak cut kalori tapi bila dah dapat nasi lemak sambal sotong dua tiga kali tambah ye dak? 😂 
    Dari segi pemakanan korang kena gantikan makanan yang berserat tinggi dan rendah kalori. Makanan berserat ialah makanan yang memerlukan waktu lama untuk diserap di dalam badan kita sehingga pengumpulan kalori dapat diminimakan. Untuk makanan karbohidrat korang kena gantikan nasi putih dengan beras perang, ubi, roti, gandum,oatmeal dan juga pasta.




     untk makanan yanag mengandungi protein tinggi tapi rendah lemak pula adalah seperti dada ayam, ikan tuna dan daging.




    Macam mana pula dengan buah? buah x semuanya bagus tau. ada sesetangah buah yang penghidap kencing manis x boleh makan terlalu banyak. Macam buah yang kurang kandungan gula adalah seperti epal, buah betik, tomato dan belimbing. Bagi sayur-sayuran pula adalah disarankan seperti brokoli, kacang buncis, sawi , bayam, kangkung dan pak choy.
    Selain itu, korang memerlukan kalsium sebanyak 1000gm setiap hari yang boleh didapati dari susu tepung non fat ataupn soya, bukan susu pekat manis ye nanti kena potong kaki plak. 👀

    Menurut pakar pemakanan, diet rendah kalori yang sihat dapat dilihat dari penurnan berat badan selama tempoh diet tersebut. Mislanya kalau seseorang itu mengalami penurunan berat badan sebanyak 1/2 kg sampai 1 kg setiap minggu, itu petanda yang baik. Tapi kalau penurunan berat badan lebih daripada yang disebutkan tadi, itu adalah diet yang bermasalah , sebab ape? sebab boleh jadi bukan lemak yang berkurangan tetapi air dalam badan yang berkurangan. Diet kalori yang seimbang dapat disertakan dengan bersukan dan berzumba atau sebagainya.

    Bersukan sangat efektif dalam pembentukan otot sekaligus membakar kalori yang berlebihan. Jika olahraga kardio khusunya dapat membantu kita terhindar dari masalah berkaitan dengan gangguan sistem peredaran darah ke jantung erti kata lain dapat menguatkan otot jantung *ceh dah macam prof pulak kita*
    Kalau u alls nak tingkatkan metabolisme dalam badan ada banyak cara antaranya dengan mengamalkan minum teh hijau sebanyak 2 gelas sehari. *Nanti kita bincang pasal kebaikan teh hijau pula ye.
    Selain itu pastikan korang cukup minum air setiap hari ok. 1 liter air bersamaan 25kg berat korang. kalau berat 60kg pandai2 kira la ye. Ok la apepon I doakan u alls berjaya turunkan berat yang diidamkan. Banyak benda kita kena kaji untuk turunkan berat ni. Agar kita berilmu dan dapat share ilmu kita pada semua orang.

    Apa itu diet Atkin? Menu Diet atkin. -bersambung....


    Tips Kurus lepas Bersalin

    Assalamualaikum semua . Dah baca tajuk utama My first blog?

    Dilema Wanita selepas berkahwin. Macam Cliche sangat la ayat tu kan.  Apa yang kita tahu zaman sekarang ni dah banyak sangat kes, suami tinggal isteri sebab gemuk, suami tinggal isteri sebab ketiak hitam, suami tinggal isteri sebab x pandai bergaya. Tapi susah nak dengar isteri tinggal suami sebab perot buncit? 😂 Sebab perempuan ni buruk mana pasangan dorang, dorang mesti nampak suami dorang la paling kacak kat dunia ni. kalah brad pitt kau. 
    I takde nak sebelah kan mana2 pihak , ada juga kesalahan yang si isteri dah buat pada suami maybe. Tapi bila I baca Kisah rumah Tangga yang tengah hangat mcm hot fm tu I tengok majoriti banyak sangat jering yang suka rampas suami orang.

    Sebenarnye itu bukan tujuan utama untuk tajuk ni. Dilema perempuan lepas kahwin selalunya masalah kegemukan. Bila kita tak berpantang dengan betul mungkin masalah kegemukan tu terjadi. Tapi tak semua betul. I just bagi pendapat yang I tau sahaja. Yang suami pulak kena la selalu support isteri , sebab dorang gemuk pon selepas melahirkan anak.

    Kat sini I ada beberapa tips untuk ibu-ibu yang ada berat badan yang berlebihan . Kalau tak turun banyak pun dalam sebulan mayb setakat 3kg tuh insha Allah. Atas usaha masing2 untuk kurus. 

    1. Cek Ketinggian & Berat Badan



    *rasa-rasaye ideal tak berat dengan ketinggian. Bila berat tak ideal dengan ketinggian itu yang jadi punca badan nampak besar. 

    2. Cek Kiraan BMI

     Boleh tekan link yang I share ni untuk cek bmi korang under weight, normal or over weight.  https://www.calculator.com.my/bmi-calculator#.WswuZi5ubIU
    Bmi ni tujuan dia untuk kita cek sama ada badan kita normal ke dengan ketinggian atau tidak. Jangan sangka kalau kita under weight tu sihat. Under weight pun boleh datang mcm2 penyakit tau. So kalau nak berat badan yang ideal kena la amalkan cara hidup yang sihat. 

    3. Rancang Menu Makanan Dan Target Berat Badan
    Diet Kalori atau Diet Atkins?

    Dah buat apa yang I ajar kat atas tu . Korang tetapkan berapa banyak yang korang nak weight loss, berapa lama target korang. Antara diet kalori n diet atkins. I sarankan diet atkins. Walaupon perit tapi membuahkan hasil. Sebab majoriti orang yang diet kalori ni salah cara diet dorang. Tak makan nasi tapi makan mee, makan  roti benda yang lebih tinggi kalori dia daripada nasi. So kalau diet atkins korang tak boleh sentuh nasi dan unsur karbohidrat langsung. Tak boleh sentuh walaupon sebutir tau!. Lepas dah dapat berat ideal korang boleh start makan nasi dengan portion yang kecil bukan main bedal 10 pinggan terus. Alamatnye beratus kilo la naik balik. 

    Okay sampi sini je pos I. Pos seterusya I akan bincangkan apa itu diet kalori apa itu diet atkins. bye bye u Alls.